Tentang Kami

Surau Hazelton Eco Forest adalah inisiatif komuniti untuk membina ruang ibadah bersama di kawasan Eco Forest, Semenyih.

Surau Hazelton

Latar Belakang Komuniti

Kawasan Eco Forest Semenyih terdiri daripada 3 fasa taman perumahan iaitu Ebonylane, Hazelton dan yang terbaru adalah Birchpark.

Dengan anggaran kasar lebih 400 orang penduduk yang beragama Islam menghuni di kawasan Eco Forest.

Sehingga kini, tiada surau tetap yang tersedia di dalam kawasan Eco Forest untuk kemudahan penduduk beribadah dan menjalankan aktiviti kemasyarakatan Islam.

Bagi memenuhi tuntutan fardhu kifayah, penduduk kebanyakannya terpaksa keluar kawasan untuk solat berjemaah. Surau yang paling hampir iaitu Surau Al-Uzma kira-kira 3.5km jaraknya daripada kawasan Eco Forest.

Manakala bagi solat Jumaat pula di Surau Al-Ihsan kira-kira 4.1km jaraknya.

Visi & Objektif

Kemudahan Asas Islam

Menyediakan kemudahan ibadah dan akses terus bagi penduduk yang beragama Islam di kawasan Eco Forest. Azan kedengaran di kawasan Eco Forest.

Pusat Komuniti Setempat

Menjadi pusat aktiviti dakwah dan komuniti Islam setempat yang aktif tanpa sebarang kekangan atau kesulitan.

Bangunan Ibadah Yang Hampir

Memudahkan urusan fardu kifayah dan aktiviti keagamaan rasmi seperti aktiviti ceramah, kelas mengaji dan sebagainya.

Aspirasi Kerajaan Negeri

Menyokong aspirasi Kerajaan Negeri Selangor dalam pembangunan institusi Masjid dan Surau yang tersusun dan bersistematik.